Penghijrahan ke Iraq Bani Assad

Bani Assad berpindah ke Iraq dalam abad ke-7 M dan bermastautin di Kufah. Mereka tinggal berdekatan tebing sungai Euphrates berdekatan dengan Kufah dan Karbala, dan juga di Basrah dan Ahvaz, dan berkongsi tanah dengan Bani Tamim. Bani Assad menyebelahi Saidina Ali RA semasa Perang Jamal. Ramai para Sahabat RA datang daripada Bani Assad. Dalam Pertempuran Karbala yang berlangsung pada 10 Muharram 61 H, Bani Assad memihak dengan Saidina Hussein.[1]